stalkers

* Left Top Center Bottom * Bottom Left Center Right * Right Top Center Bottom
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label random. Show all posts
Showing posts with label random. Show all posts

20120312

Post 198 : menyesal tahap dewa


aku dah tengok cerita ni
*clap sikit
yeah
sampai-sampai dekat KLCC terus gerak TGV
SHIT
sumpah panjang gilaa line
then usha cerita apa ada
oh, kitorang ada 2 je choices;
John Carter or Bunohan
and setelah diundi, ramai yang nak tengok Bunohan sebab nak tengok Muay Thai
time beli ticket, tiba-tiba Apel, Akid, Iman, Besut dengan Din takjadi nak tengok and terus gerak balik Wangsa Maju
so tinggal aku, Caris, Wandag, Abid dgn Iezs
so, lepas beli ticket lepaklepak kejap dekat fountain and then beli popcorn dan terus rushing masuk panggung sebab taksabar nak tengok
kalau based on trailer, cerita tu macam mantap
sebab tu kabutbagai kitorang jalan from fountain sebab dah lambat 10 min
start je cerita, dah takfaham apa yang cuba disampaikan
dah la full loghat Kelantan
*nasib baik aku pandai kecek Kelate, so aku faham
tapi aku just set dekat otak;
"alaa, starting je tu"
then lepas 30 min, aku dah memang takfaham cerita dia
cuma part Bront Palarae je lah yang best sebab watak dia kelakar
aku tengok yang lain dah buat muka bosan
Wandag pulak dah tidur
patutlah takramai orang dalam panggung masa tu
ada la dalam 40 orang
memang lengang tahap apa entah
then, dah sampai climax aku dah boleh faham sikit cerita dia
Adil a.k.a Bunga Lalang (Zahiril Adzim) lawan Muski a.k.a Kuda Hitam yang merupakan bestfriend dia yang tikam belakang, then Adil menang tapi dia kena racun and pengsan
WTF?!
tiba-tiba tukar scene lain, scene Ilham (Faizal Hussein) kena bunuh dengan member sendiri
then tukar scene bapak diorang kena bunuh dengan anak sendiri
then masa kitorang tertanya-tanya apa yang jadi
tiba-tiba benda paling cilaka terjadi;
THE END
sial kan?-.-
tu belum masuk bab mak diorang mati jadi buaya jadian, tapi jalan dan gaya dah macam supermodel
budak kecik yang bersuara orang tua, pastu burung enggang cartoon yang tetibe muncul dekat paya
korang boleh bayangkan tak?-.-
dah lah jalan cerita entah apa-apa
part gaduh ada dalam 3-4 scene je
background music takde langsung
memang membazir RM14 aku, baik tengok John Carter
aku takfaham asal orang cakap Bunohan ni cerita Melayu terbaik abad ini-..-

SUPPORT OUR LOCAL INDUSTRY

20120126

Post 194 : bye

-.-
nampaknya cuti Tahun Baru Cina dah pun sampai ke penghujungnya
ye laa
aku tau korang cuti sampai hari Ahad kan?
but aku balik esok
tiket aku pukul 1200|Larkin, JB
so kalau ada yang nak jumpa aku datang lah cepat-cepat ke lokasi yang ditetapkan
haha, jokes
act aku bukan terus balik sekolah
maybe stay rumah member dekat Ampang
rumah Iman or Caris
*kalau korang kenal ah
nak kenal?
caris | afiq asyraf
iman | iman syafiq
tapi macam aku kata tadi, MAYBE
mana la tau tetibe aku balik sekolah terus ke
tapi aku memang taknak pun balik sekolah terus
dah lama kot tak lepak KL
*gaya macam selalu pulak
so lepas ni memang aku akan jarang gila update blog yang tercinta ni
so kalau ada antara korang yang nak baca, baca lah post yang lama-lama
takkan lah semua post korang dah baca kan?
haha
lagi satu, kalau boleh tolonglah penuhkan chatbox tepi tu
jk jk
sooo.. fr those yang nak exam
GOODLUCK fr yr PMR
and
GOODLUCK for SPM
and kepada sesiapa yang menyambut their birthdays around FEB
Happy Birthday aku ucapkan :')
esp Syahir, Yo, Batrisyia, Nisa, Jenny, Bob, Aichad, Iezs, Kar, KN, Irfan, Setan dan yang lain-lain yang aku tak mention nama dia
takkanlah aku nak mention sorang-sorang kot kan?haha
so, jangan down
nanti aku wish lah untuk korang kay?
jangan lah pulak masa birthday aku nanti korang lupa pulak just sebab aku tak mention nama korang
ingat tau, 8 MARCH
*promote
haha, okay
kalau ada apa-apa call or text aku
ttyl, babai

Post 192 : Tiga



hari tu
aku tengah main game dalam laptop, depan TV,
then, aku rasa bosan and terus capai remote Astro usha info cerita yang ada
aku pun saje tekan 611 ( Astro Ceria)
wahh! cerita Ultraman Tiga: The Last Odyssey wehh!!haha
aku pun sembunyikan remote dan dimarahi familiku terutama adik-adik aku yang kusayangi kerana menukar channel J
aku pun marah diorang balik, bukan selalu dapat tengok cerita Ultraman Tiga
macam budakbudak kan aku ni?haha
fyi, dari kecil memang aku minat gilaa dengan cerita Ultraman, tapi aku minat 2 je
Ultraman Tiga & Ultraman Dyna.haha
asal? macam budak kecik? tak matang?
abis tu, orang yang minat Superman, Batman, Transformers, Naruto semua tu matang sangat ah?
diorang superhero jugak laa
so, apa salahnya aku minat Ultraman?
at least dia pun superhero jugak, cuma CGI tak mantap
ahh! lantak korang ah nak cakap apa.haha
memang dari dulu, tak silap aku Darjah 1
lepas balik sekolah je aku terus on TV channel NTV7 sebab ada cerita Ultraman Tiga
hari-hari aku tengok sampai lagu dia pun aku hafal
*sekarang dah lupa ah.haha
tapi cerita tu just ditayangkan dalam setahun je
then, dia tukar dengan Ultraman Dyna
tapi boleh blaa jugak ah cerita Ultraman Dyna but takboleh kalahkan Tiga :P
tapi even aku minat dengan Ultraman, aku takdela die-hard fan macam budak-budak kecik sekarang ni
siap pakai costume lagi
paling hardcore pun aku just beli patung je dekat supermarket takpun kalau desperate sangat pergi cilok dekat rumah member.haha
apa yang aku ingat aku pernah cilok cousin aku punya patung Ultraman sebab dia ada patung Ultraman Tiga
then, gaduh dengan dia
last-last tangan anak patung tu patah
then aku patahkan pulak kaki dia
*kejam gila aku ni
so, duadua tak dapat
semuanya sebab Ultraman Tiga
fanatic gila en aku ni?
dah boleh buat Fan Club Ultraman J




GO,GO,ULTRAMANTIGA!!

20120125

Post 191 : suka

okay post aku kali ni berdasarkan 2 benda yang paling aku suka buat masa sekarang
dan mereka berdua adalah;
*mereka berdua?=="

1. Susu Marigold HL


minumlah susu Marigold HL kerana ia akan membuatkan anda ketagih lantas menipiskan dompet anda kerana sekotak susu ini berharga hanya RM5++
takde la mahal mana pun
okay, masa aku kecik ramai orang suruh minum susu
"Minum susu, asyik makan je, mana tak gemuk"
*dulu aku gemuk
aku tak minum pun susu
but start darjah 3 aku dah suka minum susu
itu pun sebab termakan creamer masa Family Day
then aku rasa macam sedap and kawan aku cakap rasa susu pun lebih kurang macam tu
so, aku pergi dekat tempat air and, luckily ada susu
aku try minum and sampai sekarang aku still minum susu
tapi takdelah sampai tahap penagih susu yang hardcore macam sekarang
kalau dekat rumah, dalam seminggu paling kurang 4 or 5 kotak habis untuk aku sorang
and aku prefer susu HL sebab kotak dia lawa
*ada kaitan?
so kepada pembenci-pembenci susu sekalian
minumlah susu kerana ia dapat menguatkan tulang dan membantu sesiapa yang agak bantut tu membesar
*jangan marah
haha
bak kata orang tua-tua,
ibarat nila setitik rosak susu sebelanga :)

2. Snickers


benda ni aku tau mesti ramai yang menyangap
siapa tak tau Snickers?
habak mai, cheq nak tau jugaq
Snickers merupakan sebuah makanan ringan yang lazimnya berharga bawah RM10
yaaa, memang murah pun
kalau kau beli, confirm tak miskin lah parents kau
haha
orang yang perkenalkan aku dekat menatang ni tak lain tak bukan, Fareez Fauzi!
satu tepukan yang gemuruh untuk beliau
dulu aku suka Nips, but ramai cakap Nips menyebabkan jerawat tumbuh
so, aku pun ubah selera
ibarat pepatah BI,
a Snickers a day, keep the doctor away
soooo...
*blank
kbye-.-'


*aku tau post aku kali ni memang takde motif dan merepek=="
tapi inilah cara aku hilangkan kebosanan,
btw aku nak ucapkan thanks to semua viewers esp. Aisya Fitriah yang puji blog aku best
*terharu :')
eventhough cara dia puji macam nak marah, haha
act aku bukan blank, aku buat buat blank je
so, yeahh
aku akan cuba kurangkan mencarut dalam blog
thanks for viewing :P


Post 190 : lakonan


setiap orang ada kelebihan masing-masing
dan aku rasa aku pun ada
kelebihan aku adalah pada riak wajah dan kata-kata
takfaham?
haha
okay fyi
aku ni pandai berlakon dan kuat menipu
*tapi menipu bukan untuk tujuan tak baik
so jangan mudah percaya kata-kata aku,haha
sebab tu lah kalau ada member kena pranks, diorang mintak aku tolong call number yang buat prank call tu and kenakan budak tu balik
even aku pernah berlakon jadi parents member aku yang di'call' warden
bukan nak bangga, tapi aku memang hebat
haha, jokes
btw gelaran baru yang member aku bagi dekat aku adalah "Pengembala Kambing"
-.-?
tahu sebab apa?
mesti korang tahu old folks punya cerita yang pengembala kambing yang kuat menipu tu
and gelaran tu Mok a.k.a Namee Kamal bagi
sebab katanya aku tak pernah nak serius, asyik nak menipu je
wtf?haha
btw, last year, ada kawan aku yang syorkan aku masuk team drama sekolah
KAU DAH GILA?!
haha
memang tak ah nak pergi audition and perform atas pentas
aku paling anti bila jadi perhatian
sumpah dari kecik memang aku taksuka orang perhati aku
so, aku pun tak pergi lah audition tu
tapi sampai sekarang aku kuat menipu dan berlakon
kalau tak siap homework selalunya aku akan berlakon macam-macam and selalunya aku lepas daripada didenda
pernah sekali tu aku tertinggal handout chemistry dekat class
nak ambil memang tak ah
cikgu paling garang pulak tu
then aku teringat yang dia jarang check homework
so, aku pun kering je duduk dengan muka tenang padahal tengah cuak gila
then tanpa disangka dia pun rounding
wtf?
aku menggelabah gila masa tu
nasib baik aku meja belakang
so bila dia habis check meja depan, aku pun terus pinjam kertas budak yang duduk dekat meja depan tu sebab dia terus pergi meja depan yang lagi satu pulak
fuhh, nasib baik-.-
OMG!
tiba-tiba dia rounding lagi
sedar-sedar dia dah dekat dengan aku and this time dia start from meja belakang ke depan
dengan pantas aku jatuhkan pen aku
*actually aku campak
aku pun dengan tenang pergi ke meja kawan aku tadi and rampas kertas dia lagi
then teacher pun check
ALHAMDULILLAH, aku lepas
tapi ada problem lagi, lepas dia check aku, dia nak pergi check meja depan which is meja budak yang aku pinjam kertas tadi tu
aku pun fikir secepat yang boleh
HAAA!
aku suruh Hafeez tanya teacher soalan
masa dia tengah cakap dengan Hafeez
aku pun jalan dengan tenang dan berlakon tengah tanya soalan dekat budak tuan empunya handout tu dan bagi kertas tu dekat budak tadi balik
and for the second time, aku lepas :')
tapi cerita aku tak habis lagi
teacher rounding buat kali ketiga
-.-"
aku dah buntu, so aku pergi jalan jalan ke meja orang lain non-stop
and luckily dia takperasan yang dia tak check kertas aku lagi
itulah antara incident yang menyebabkan aku bersyukur aku pandai berlakon 
ALHAMDULILLAH

Post 189 : storytime


it's STORY TIME!
okaylah
dari tadi aku tak buat apa
aku tunggu orang IM aku dekat FB memang takdapat lah
nak tunggu orang tweet dekat Twitter lagi lah
ye laa,
siapa lah aku kalau nak banding dengan budak-budak yang sekali update status, berpuluh orang like even status dia bodoh je
contoh;
"I ingat hari ini hari isnin"
bodoh kan?
tapi tak sampai 5 min, 50++ orang like
ahh, pergi mampus lah sama kau
haha
so, untuk menghilangkan kebosanan tahap gaban aku
aku nak berkongsi cerita pasal kejadian yang berlaku pada akhir DEC 2011
okay macam ni
aku dgn family otw balik rumah from kampung dekat Pahang
then sampai dekat Negeri Sembilan tapi aku taktau dekat mana
tetibe mak aku ternampak ada satu supermarket ni tengah buat offer baju sekolah
kebetulan adik aku tak beli baju sekolah dia lagi
so, kitorang pun stop dekat situ
turun je dari kereta, aku terus buat hal sendiri pergi usha baju and seluar yang ada dekat situ
sambil tu aku usha-usha ah awek yang ada
malangnya, ramai yang kurang menarik, kidding
then masa aku tengah usha seluar
tiba-tiba aku perasan macam ada orang tengah stare aku
aku pandang belakang
takde apa-apa pun
maybe perasaan aku or aku yang perasan
then aku rasa macam ada orang tengah pandang aku
aku pusing, ohh
rupa-rupanya ada sorang perempuan India baya-baya aku tengah usha seluar
then,
tiba-tiba dia pandang aku and senyum
psycho doh muka dia
aku pun senyum tak ikhlas dan terus chow pergi bahagian baju lelaki
tanpa disangka, dia ikut aku tapi bajet tak kantoi
aku dah rasa lain macam
so aku gerak pergi bahagian jeans pulak
dia ikut jugak and senyum dekat aku
aku terus chow pergi dekat bahagian baju sekolah
aku nampak dia tengah tercari-cari
taktau ah dia cari apa
yang penting dia menakutkan
then aku lepak dekat luar supermarket tu je
tak berani aku nak jumpa perempuan psycho tu lagi-.-

20120124

Post 186 : sorry


OMG!
aku bajet dia single lagi
rupa-rupanya orang punya
gila segan sial!
patutlah lain macam je cara dia cakap
haha
tu laa, siapa suruh taknak bagitau yang kau tu dah berpunya
bro, sorry banyakbanyak
wa bukan nak cilok lu punya awek
wa nak kawan je
btw, aku bukan nak flirt segala bagai dengan dia
*maybe sikit ade ah, gurau
sumpah aku tak menggatal dengan awek kau dohh
tenang la kawan.haha
kalau lu mau, wa boleh kasi sembah sama lu ini time jugak
lu halohalo la sama wa
apa-apa pun aku still segan gilababi-.-'

20111210

Post 156 : --k--a--w--a--n--


Korang ada kawan?
mesti la ada, memang tak ah kalau korang takde kawan langsung
eh, memang takde ke? barai doh korang
*gurau
korang mesti rasa bahagia kan?
macam-macam korang boleh share dengan diorang
korang boleh enjoy dengan diorang,
menangis dengan diorang
*wee~
buat gaduh pun boleh jugak
tapi pernah tak korang terfikir sampai bila persahabatan korang bertahan?
maybe sampai habis sekolah menengah je
or maybe kalau yang nasib baik sampai korang bekerja or sampai tua
tapi point aku, korang tak rasa cuak ke bila satu hari nanti korang kena berpisah dengan kawan-kawan yang selama ni support, nasihat dan fire korang?
*cehh, macam motivator pulak aku ni
aku terfikir pasal benda ni lepas aku tengok gambar masa sekolah rendah dulu
utk pengetahuan korang, aku dah lost contact dengan kawankawan lama aku
sebab ramai yang dah pindah
then, number dah tukartukar
aku pulak jarang ada dekat rumah
memang tak ah nak contact balik
so, pada kesempatan ini,
*dah macam bagi speech.haha
Sebelum terlambat, aku nak bagitau semua kawan-kawan aku,
143PAL! :)


20111122

AKU 'TER'CERITA DEKAT ORANG YANG SALAH.I'M AN IDIOT-.-

Post 141 : terimakasih

aku taktau la kau baca ke tak post ni
tapi kalau kau baca aku just nak ucapkan thanks sebab puji aku
serious jarang gila ada orang puji aku wehh!
maybe kau just main-main 
tapi aku tak kisah
yang penting kau tulis benda tu
terharu la jugak aku ni
*gaya macam penting habis je hal ni
THANKSKAWAN

20110918


weh IEZS
dia nak dekat kau
kau terima je la eh? haha
bole la kau merasa ada awek balik
tinggal la aku dgn BEAN je yang single lagi
haha

GURAUJEBRO!


* Ini la BEAN@NAZMI
kalau berminat, contact aku cepatcepat :)

20110901

Post 117 : MerdekaRaya


SELAMAT HARI MERDEKA
+
SELAMAT HARI RAYA
=
SELAMAT HARI MERDEKARAYA

pelik kan tahun ni?
tiba-tiba pulak raya 30/8
*takdela pelik sangat
yang peliknya sambutan kemerdekaan ditunda pada 16/9 (kalau tak silap la)
*act, baru baca dekat paper tadi
tak pernah-pernah merdeka bulan 9
aku baru plan nak tengok perarakan merdeka dekat tv macam masa zaman mudamudi dulu
haha
tapi takdapat der
best gila bhai tengok orang berpeluh kawad depan PM!
seronok tengok diorg terseksa
btw,
dalam kesempatan ini juga aku ingin mengucapkan
SALAM AIDILFITRI, MAAF ZAHIR SAHAJA
*pernah ke aku seksa batin korang?so, buat apa nak mintak maaf kan?haha
aku target tahun ni aku nak dapat RM300++ :)
tapi takbole kot sebab first day pun baru RM10 :(
SEDEYHH!!!

AKUDAHTAKTAUNAKTULISAPA





20110730

I'm Home


I'm Home!
dah dekat 2 bulan aku tak jejak kaki dekat johor
akhirnya, sampai jugak kat rumah
aku ada dekat rumah 2 hari je
so, aku nak update blog yang dah lama ter-abai ni