stalkers

* Left Top Center Bottom * Bottom Left Center Right * Right Top Center Bottom
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

20111210

Post 154 : M.I.R.Z.A


budak comel dekat atas ni namanya Zamir Afiq
dalam banyak-banyak kawan aku, dia sorang je yang sudi tanya tentang bagaimana tahap kebosanan aku dekat kampung
terharu jugak ah aku.haha
so sebagai penghargaan, aku buatlah post yang tak berapa setail ni.haha

walaupun dekat sekolah aku selalu kutukkutuk dia tapi dia still tak amik hati
*guraugurau je kan bro?
Zamir la yang selalu teman aku dekat dorm kalau takde Azhad, Iezs, Bean, Billy, Yasin atau Gone

Zamir pandai
Zamir budak account
Zamir gempak main takraw walaupun berskala besar
*jangan ambil hati broJ
Zamir baru dapat lesen motor
Zamir tak tinggal solat
Zamir gempak ping pong
Zamir Abang Kriket
Zamir selalu ada di saat aku memerlukan
*cewaahhh
Zamir jambu cikgu
Zamir sama negeri dengan aku
Zamir budak nasyid
*budak baik
Zamir cassanova
Zamir itu
Zamir ini
Segala-galanya memang Zamir ah!
Haha
AKUSAYANGKAUDOHZAMIRJ

Post 153 : sorry



Selamat Hari Batch kepada semua ahli batch 0812 tak kira ah apa nama batch korang
kepada batchmate aku, sorry ah takdapat join korang
duit aku tak cukup dohh-.-
kalau duit aku cukup, seminggu sebelum 8/12 aku dah gerak KL
serious!
sebab masalah kewangan jugak lah aku takdapat join pergi rumah Ku dekat Kedah,
*taktau ah jadi ke tak diorang pergi
 then, follow Iezs pergi Universal Studio Singapore,
*sorry ah kawan
takdapat teman Semut pergi Genting dengan kawan-kawannya,
*maaflah Semut
takdapat nak hangout kat JB dgn Fahmi Zaquan a.k.a Petak
*Petak dtg JB bhai!
weh Akid, aku tak sure lagi gerak Terengganu or tak
*kau buat solat hajat ah untuk aku
haha, banyak jugak ah event aku
malangnya, semua aku takdapat join

SORRY DOH-.-


 aku baru terasa macam nak buat post pasal birthday kau walaupun aku baru kenal kau, tapi macam tak perlu je
lagipun dah lambat sangat

HAPPYBIRTHDAYTOYOU :)

Post 152 : What The ..??


Peristiwa ni berlaku dekat kampung
Bila? Hari jumaat laa
Takkan hari Isnin pulak
Nanti jadi la Solat Isnin
*hambar
Masa tu hujan, so aku tidur sampai pukul 12
Tiba-tiba, ada suara daripada luar rumah
Rupa-rupanya abang nenek aku a.k.a jiran nenek aku merangkap Imam & Ketua Kampung ajak aku pergi Solat Jumaat
Ahh, yelahyelah, kejap lagi saya mandiaku cakap dengan dia
Then, kitorang gerak pergi masjid naik motor dia
Sebab masjid tu agak jauh dari rumah nenek aku dan rumah dia
SHIT! Baru setengah jalan aku kena turun sebab tayar belakang pancit
So, aku terpaksa jalan kaki sorangsorang hampir 3 km untuk sampai dekat masjid
*buat pancit je-.-
Sampai je dekat masjid tu, aku terkejut sebab pintu masjid tertutup rapat
*tok imam tadi tak masuk dalam masjid lagi
haha, lupa pulak yang aku pergi masjid dengan tok imam,
patutlah awal
So, dengan bangganya aku melangkah masuk dalam kawasan masjid dan terus mengambil wudhu’ dengan riak wajah yang amat riak.haha
Then, aku jadi orang pertama yang jejak kaki dalam masjid semasa Solat Jumaat
*bangga
Aku pun cari port yang mantap untuk membuta macam selalu
Malangnya, aku disuruh tok imam itu untuk solat sunat bersamanya
Lepas solat sunat, kena dengar dia mengaji pulak
Dalam 20 min, masjid pun penuh
*agak penuh ah
Aku pun malas nak dengar khutbah
*tak silap aku tajuk pasal gejala sosial dalam kalangan remaja
Aku pun menyumbang jugak, so buat apa nak dengar kan?haha
Aku pun check line, line clear :)
TIDUR LAA!
Baru je nak terlelap,
AHH!! SHIT!
Kaki kanan aku CRAMP!
Sial laa
Aku pun urut-urut la kaki aku
Ahh, legaa.cramp dah hilang
WTF?! Kaki kiri pulak cramp-.-
Aku pun urut-urut kaki lagi sebelah
Lepas tu, aku siap stretching lagi
*pakcik yang duduk sebelah aku pandang semacam
Tapi still cramp jugak
Nak tak nak terpaksa la aku dengar khutbah tu sampai start sembahyang-..-
Aku bajet dah lega bila start semayang

-.-

Tiba-tiba kaki kanan aku ‘hilang’ masa aku bangun nak semayang
*mesti korang faham en?

LASTTIMEAKUSEMAYANGJUMAATDEKATKAMPUNG-.-

Post 151 : kampung-.-

Okay, first post aku pasal kampung
Act memang kebanyakan post yang aku akan tulis berkaitan dengan kampung, kampung dan kampung
Mana taknya, 3 minggu aku terperap dekat sana-.-
Tak keluar langsung dari kampung
Kalau keluar pun just untuk pergi sembahyang Jumaat dekat kampung sebelah
Terseksa la jugak bila terpisah daripada dunia luar
Nasib baik laa aku ada phone
Tapi ada phone pun tak guna jugak sebab bukan ada text masuk
Line pun ada tak ada je dekat kampung
Dekat sana hampir setiap pagi aku tolong nenek aku menoreh getah
*macam kerja sambilan laa
Kenapa bukan hari-hari?
Haha.aku ponteng laa
malas doh bangun pagi=.=
Teruk jugak kena marah bila ponteng kerja
Tapi ada aku kesah??
Gaji still jugak on.haha
Btw, kerja-kerja tu semua aku buat waktu pagi je,
Then, balik rumah, mandi, on TV, on laptop, main game sampai tengah malam
kadang-kadang main bola dengan adik aku
*bagus dohh Amai
Act, ada jugak bagusnya stay kampung ni
Aku tak tinggal sembahyang bhaii!! Haha
Subuh, Zohor, Asar, Maghrib, Isya’ semua complete
Ada la sikit kebanggaan dalam diri aku ni
Kira macam dekat kampung ni aku jadi lebih beriman la
Haha
KAMPUNGKUTERCINTA,AKUSAYANGKAU!

Post 150 : Back

Hi!
Nama aku Amai
Haah, aku la tuan punya blog yang tak berapa nak lawa ni
At last dapat jugak aku update blog ni
*lama gila sial aku stay dekat kampung-.-
Eh, sedar tak sedar dah setahun umur blog ni
HAPPY BIRTHDAY BLOG!!
Act, aku buat blog ni sebab kena PAKSA DENGAN IEZS
Masa tu dia sorang je batchmate aku yang ada blog
So, dia macam suruh aku support dia la
*siap buatkan header lagi
Aku pun buatlah macam apa yang dia suruh
Awal-awal aku rasa macam blog ni just for girls
Lagipun rasa macam bodoh je bila aku blogging
Tapi lama-lama rasa macam setaill la pulak
then, ramai batchmate aku ikut buat blog jugak
Yo, Syahir, Chenkt, Cacin, Iman
*act kitorang yang hasut
So, siapa cakap lelaki takboleh blogging?
Haha.
kejapkejap, mesti korang rasa aku syok sendiri sebab tulis macam-macam dekat sini en?
*WTF?!
Lagipun, blog ni bukan macam blog-blog member korang yang guna full English
Weh, aku anak Melayu laa
Btw, aku tak pernah dapat A for English
*paling tinggi pun B.haha
Sebab tu la aku guna BM, at least aku sedar diri kan?
Asal? Blog ni tak best sebab aku guna BM?
Then, apa tunggu lagi kawan?
BERAMBUS la wehh!
haha
aku tak harap pun korang baca sebab aku buat blog ni just for fun
Tapi kepada korang yang tengah baca, berbillion-billion thankyou aku ucapkan
THANKYOUFORYOURSUPPORT