stalkers

* Left Top Center Bottom * Bottom Left Center Right * Right Top Center Bottom
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

20121227

Post 230 : SOBEY








nama jejaka di atas ini ialah Syafiq
Mohd Syafiq B Tan Sri Mohd Subian
anak Big Boss TNB
atau nama manjanya, Sobey
atau Bian
atau Tibu
banyak nickname kau eh bian.haha
dia classmate aku masa form 3 and form 4
sama sama buat masalah dengan aku
tidur dalam kelas, takbuat homework, kena halau semua dengan dia
tapi oleh sebab muka dia baik, so cikgu tak syak sangat dia ni pun sama je dengan aku
and sebenarnya perangai dia lebih cilaka berbanding aku
and it's a fact
tapi aku je selalu kena dengan cikgu, aku dengan Petak.Midag sekali
Sobey ni salah seorang anggota kumpulan Gifted
sebuah kumpulan dari kelas 4 Maju yang acah-acah pandai dengan tidak membuat sebarang homework yang cikgu berikan kerana kami rasa kami pelajar yang gifted
tapi sebenarnya tak pun-.-
ohh nama tu Teacher Linda yang bagi sebab muka sama je yang takbuat homework, buat case, tidur dalam kelas and markah rendah
ahli yang lain ialah Besut, Petak, Midag, Shashe
semua ada 6 orang termasuk aku
namun si Sobey dengan sorang lagi yang bernama Shashe merupakan top 10 ppelajar terpandai di dalam kelas meskipun diorang tak study
si Sobey ni Addmaths takpayah nak cerita ah
walaupun perangai syaitonnnn, tapi akademik dia perform
tu yang aku jealous-.- haha
ohh dia ni minat Kpop, sebenarnya semua itu sebab Afiq Asyraf a.k.a Caris yang telah menghasut ramai orang supaya menjadi Kpoppers.haha
so Tibu ni merupakan seorang yang ceria
boleh mendengar cerita dan penyabar jugak
dia selalu acah-acah touching cakap aku tinggalkan dia sebab dah ada awek, wtf?
bila aku ada awek dohh Bian?-.-
dia selalu payung aku
dan dia sentiasa membuatkan ahli JERKS 0812 ceria dengan gelagatnya
cikgu pun suka dengan dia, lagilagi bila dah naik form 5
andd dia pembaca setia blog ni, terharu doh Bian :')
ohh lupa, korang nak kenal dengan dia?
alaaa, jangan segansegan, dia ni baik orangnya
nah, click dekat link bawah ni



so Sobey, aku harap kau tak lupa aku
jangan nakal nakal, haha
nanti jangan takdatang masa ambil result, aku nak pow kau habis habisan
so
GOODLUCKONYOURLIFEDUDE:')

acah-acah pejuang negara pegang bendera yang dah reput


20121225

Post 229 : B A D U T






kali ini aku akan menjelaskan segala spekulasi yang timbul berkenaan AKU dan BADUT
mengapakah amai takut badut?
mengapakah amai phobia dengan badut?
psycho sangatkah spesies yang digelar badut?
amai yang gedabak besar takut pada badut?
-.-
korang ingat aku takut kat badut tak bersebab?
ada ceritanya
kisah mengenai aku dan badut bermula sewaktu aku berumur dalam lingkungan 5-6 tahun
aku ada tengok satu movie ni, aku lupa tajuk dia
and watak antagonis dalam cerita itu adalah BADUT
fak ker-.-
and start daripada tu aku jadi takut dengan badut, tapi sikit je
aku selalu nampak badut kalau pergi shopping mall
and aku akan lari jauhjauh
banyak lagi incident aku dengan badut
ada sekali tu pergi A&W kat sekitar KL
ada birthday party and ada badut
aku masa tu kecik lagi, darjah 2 kot
tengah aku seronok tengok budak tu celebrate birthday, tibatiba badut tu senyum kat aku
-.-
psycho siaaaaaaaal !
and sebab tu lah aku akan lari kalau nampak badut and akhirnya benda ni dah jadi macam phobia
masa form 3, ada pertandingan rowing dekat Presint 6, Putrajaya
masa tengah rehat, aku pergi ah kedai nak beli makanan
aku pergi dengan 2-3 orang kawan aku
tibatiba aku nampak dari jauh ada badut dekat tengahtengah jalan
aku pun watlek je sebab ada member kan? haha
aku jalan b\macam biasa sampai jarak aku dengan badut tu tinggal around 50 meter
and paling cilaka sekali, kawan-kawan aku dah hilang entah kemana
aku memang takperasan sebab orang ramai sangat masa tu --"
so aku pun mengambil kesempatan untuk bergerak jauh ke belah kanan untuk mengelak terjumpa badut face to face
and the wtf moment is when badut tu tibatiba pandang aku
dan dia bergerak ke arah aku T.T
aku dah terdiam, and orang ramai semua pandang aku
diorang siap buka ruang kat tengahtengah sebab nak tengok gelagat badut tu
then badut tu rabaraba poket aku and pegang phone aku, then dia buat trick dia
acah-acah kelakar pulak-.-
aku terkesima, takboleh cakap apa, orang lain dok seronok gelakkan aku
memang masa tu nightmare thap apa, mengalahkan Nightmare on Elm Street
*hambar~ -.-
so, lepas dia habis, aku terus blah jauh jauh dan takdatang situ lagi
aku benci badut
fak yu t(-.-t)



Post 228 : Gadis Cameron

hari tu dekat Cameron Highlands mak aku ada beli satu buah ni
nama dia apa kejadah entah, tapi orang kat situ panggil "Cameron's Apple"
haha, aku saja nak nampak market
sebenarnya orang kat situ panggil "Epal Cameron"
macam ni lah bentuk dia



oh, buah ni sedap gila
manis macam apa
so ada satu hari tu kitorang pergi Kea Farm
beli sayur bagai apa benda entah
then ternampak banyak kedai ada jual buah ni
so aku suggest kat mak aku suruh beli
then kitorang jalan sampai lah terjumpa satu kedai ni
aku buat taktau mula mula and serahkan urusan tu pada mak aku
tibatiba aku terperasan yang perempuan yang jual buah tu umur lebih kurang aku
and dia hot gilaaa (Y)
and one more thing, dia pakai tudung
itu lah kali pertama aku rasa orang yang pakai tudung ni pun hot
2 crush aku sebelum ni memang takpakai tudung
Mango and SS
but after terjumpa dengan gadis Cameron tu, persepsi aku terhadap perempuan bertudung ni dah berubah
mereka juga cantik, i mean boleh menyerlah dengan bertudung
macam geli sangat je aku ni.haha
mampus ah, ni blog aku
aku kisah apaa
so, I guess kriteria untuk GF pertama dalam hidup aku dah kurang satu aspek
aku takkisah dia bertudung or not
tapi bukan ada beza pun. memang lama lagi aku nak kena tunggu.haha
tu je aku nak cerita sebenarnya.babai

ohh, tudung yang dia pakai lebih kurang macam yang Hana Tajima pakai ni





20121224

Post 227 : HoiHoi

assalamualaikum diucapkan kepada anda semua
weh jawab lah kawan
haha
ini merupakan post pertama sejak aku merantau ke pelbagai tempat
dari Johor ke Shah Alam, ke Sg Buloh, ke Bukit Tinggi, ke iCity, ke Cameron Highlands, ke Genting Highlands, ke Ipoh, ke Temerloh, Gua Musang, Negeri Sembilan seterusnya entah pergi mana aku pun dah lupa
yang penting memang pancit ah-.-
semasa aku menaip ni, aku baru 30 min sampai di rumahku yang tercinta.haha
7 jam bhaii dalam kereta
memang tak cramp pun segala bagai anggota badan aku
so, enjoy your reading :3

20121210

Post 225 : Promote (Y)

PERHATIAN !
KEPADA SEMUA ABANG, ADIK, KAKAK, PAKCIK, MAKCIK YANG MEMBACA POST INI
RAJIN-RAJINKANLAH DIRI ANDA UNTUK CLICK KE LINK INI :


SEGALA SOALAN, PERTANYAAN, KEKELIRUAN DAN SIFAT INGIN TAHU ANDA TENTANG DIRI SAYA PASTI AKAN TERJAWAB
UNTUK STALKER, KERJA ANDA MENJADI LEBIH MUDAH DENGAN BERTANYA DI ASK.FM
KALAU NAK SENANG LAGI, TULIS SOALAN ANDA DI RUANG YANG DISEDIAKAN
DI BELAH KANAN BLOG INI, ATAAAAS SEKALI
INGAT, MALU BERTANYA SESAT JALAN
BABAI :)