stalkers

* Left Top Center Bottom * Bottom Left Center Right * Right Top Center Bottom
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

20120825

Post 219 : bla bla bla


hellooo
i'm back
so aku rasa ni antara post terakhir aku sebelum aku SPM
sepanjang cuti raya ni macam macam aku dah buat
yeah, aku dah stalk "dia" habis-habisan
*"dia" yang dimaksudkan adalah crush yang kedua dalam hidup aku.for more information, please read the old post of mine :)
okay, aku bagitau ; Post 37
and paling penting sekali aku dah try nak berkawan dengan dia
tapi nak buat macamana kan, dia taknak berkawan dengan orang macam aku
maybe aku ni buruk sangat kot kat mata dia, haha
tapi at least aku berani mencuba kan?
eh apa jiwangjiwang ni, lepas SPM nanti ah burst cari awek
takgitu?
nanti aku buat plastic surgery bagai, rebonding, work out
baru ah cari awek, haha just kidding
sooo, aku rasa this year lah raya yang terakhir aku dapat duit raya lebih RM200
dah kalau tahun ni pun dah berkurang dengan mendadak, apatah lagi next year kan?
and I guess lepas ni dah kena burst study
sejujurnya, aku takpernah rasa macam SPM dah dekat
setiap hari, aku takkan pernah miss tidur dalam class
even dekat dewan masa trial pun aku tidur and taksempat siap
one more thing, homework memang aku takpernah buat sendiri
semuanya copy paste
even kalau cikgu suruh buat dekat depan pun aku akan mengerah segala akal dan kudrat untuk mencari jalan agar dapat bertanya kepada rakanku apakah jawapan bagi soalan itu
tapi aku rasa dah cukup dah zaman tu
ia perlu diakhiri
cewahh, macam tokoh bahasa pulak aku menulis
so, untuk anda yang sedang membaca ni, thanks sebab baca
and thanks sebab still stalk aku walaupun aku dah sound,haha
tak kisah ah, sukati korang nak stalk ke nak kutuk
buatlah kalau itu dapat membahagiakan hidup korang
aku pun dah biasa
hidup jadi Amai memang macamni
nak buat macamana kan?
so, all the best for all UPSR, PMR and SPM candidates
harumkan nama makbapak, sekolah dan nama korang sendiri
korang boleh lah, don't give up
kalau aku yang baca buku malam sebelum exam SAHAJA pun boleh dapat 4A
apa lagi korang yang setiap hari ulangkaji kan?
aku pun akan berusaha jadi macam korang
ampunkan salah silap aku
aku doakan korang
tapi yang penting
KORANGDOAKANSPMAKU:)

20120824

Post 218 : tolong fahamkan post ni betulbetul


assalamualaikum
hari ni aku nak bercerita sikit pasal kesangsian aku terhadap manusia yang aku di"follow" atau meng"follow" aku dekat Twitter
dan mereka yang "friend" dengan aku dekat Facebook
oh sebelum tu, aku nak marketkan diri aku
kalau Twitter, kau cari @akmalasyraff
kalau Facebook, kau type Akmal Asyraf
or lagi senang, kau click je dekat bawah ni



okayokay dahdah
cerita dia macam ni
aku sebenarnya pelik sebab kadangkadang member aku akan cerita pasal member diorang from sekolah lain yang bercerita pasal aku
Amai itulah, inilah
yang kutuk pun apa kurangnya
siap nak ajak jumpa bagai sebab takpuas hati
apa yang aku buat dekat korang ah?
cakap straight taknak
nak jugak guna orang perantaraan
apa yang aku pelik, hampir setiap malam aku online sorangsorang
tak ada orang yang tegur atau sudi start conversation dengan aku
*sedih kan jadi Amai?haha
tapi ada je cerita pasal aku
but that's not the point actually
I just wanna state here that I'm sick of all these things
I have a question,
if you don't know who I am, then why did you messed with me?
please laah befriend with me instead of stalking or say something bad bout me
what?
you thought that just because I wrote most of my post in BM, so I'm not good in English?
it doesn't make sense laah kawan
don't judge a book by its cover kay?
hadoiiii-.-
the point is tolong lah hentikan segala fitnah atau kutukan terhadap aku
ingin aku nyatakan dekat sini
aku takpernah kacau hidup korang, maybe kalau pernah tu sorry lah
so jangan lah kacau hidup aku
kalau nak sangat kacau, kau mention je nama aku dekat twitter tu
takpun tag aku dalam post
boleh la jugak kita berkenalan kan?
haha
kalau nak stalk pulak, sikitsikit dah laa
macam ni lah
aku nak cakap sikit je
dahdah lah tu kau stalk aku bagai
tak bermanfaat pun
ni semua benda yang aku buat ada je orang tau, pelik dohhhh-.-
baik kau stalk member-member korang yang hot or bajet hot tu
okay?
tapi aku tak bermaksud yang aku taknak kawan dengan korang
kalau korang nak kawan dengan aku, go on
aku takkisah
1 last thing,
aku BUKAN NAK BAJET HOT, hadoiii-.-
tolonglah faham post aku ni
aku just taksuka orang masuk campur urusan aku sedangkan aku takkenal dia
andddd,
aku bukan seorang yang sombong, aku cakap betul ni
sebab aku sedar diri, takde ah macam orang lain tu yang nak sombong tak tentu pasal just sebab bajet diri dia hot
*tolong lah terasa
eh come on laaah
kau nak sombongsombong, entahentah nanti kau dapat bini or suami yang ....
malas ah aku nak cakap
haha
so, tolong eh?
jangan buat lagi tau :)

LOTSOFLOVE,AKMALASYRAF
*bwekkk, geli aku :D

20120823

20120818

Post 215 : Gila, haha



hey S :)
aku tau kau takkan baca post ni
sebab kau takkenal aku, apatah lagi nak bukak blog aku kan?
tapi tak apa, aku tak mengharap
oh
birthday kau 22nd August
Happy Birthday :3
aku harap aku boleh wish dekat kau
tapi benda tu takkan terjadi
btw sorry sebab aku buat gambar kau jadi desktop background laptop aku
tak sengaja, haha
kadang-kadang aku rasa bodoh jugak
kenapa aku mengharap benda yang tak mungkin dapat?
aku pun sebenarnya dah tak mengharap macam dulu
kita tak sama, you’re hot, i’m not
tapi aku still teringin nak tengok kau depandepan
tak apa, aku boleh tunggu
mana la tau nanti dekat U kita jumpa ke kan?
tapi kalau memang kalau ditakdirkan pun aku prefer macam ni ah
melihat dari jauh :|
aku dah sedar, S
so, i guess this is the end of our story
*mine actually

HONESTLY, IT’S HARD BUT GOODBYE SS :)

Post 214 : BalikBalik !


i'm home !
2 bulan lebih tak jejak kaki kat Johor
haha
macam biasa sebelum sampai rumah, ada je pengalaman yang dilalui
nak tau?
mampus kau ah nak tau ke taknak, ni blog aku
suka hati ah aku nak tulis apa pun
tak gitu?
haha
so, selasa malam aku tak tidur
buat benda yang bukan-bukan dekat dorm
warden pun tak rounding, so, untung ah kan?
lepas subuh rabu tu baru aku tidur
tapi tak subuh pun -.-
bajet nak subuh lambat sikit tapi kalau dah bangun pukul 7.30,
memang ke laut ah subuh aku,haha
then pergi kelas
orang bersih kelas, aku membuta sampai pukul 12
siap susun kerusi untuk baring
cikgu pun dah takmampu nak bendung aksi aku.haha
then balik dorm, main poker
main entah berapa jam sampai cheng bising sebab bapak dia dah sampai
so, rushing pack barang then aku, Iezs, Bean and Cheng keluar dorm pakai jeans and t-shirt biasa
*memang bapak kitorang share duit buat sekolah tu.haha
dalam kereta, borak 5 minit then semua tidur
then sampai KL Sentral, kitorang naik monorail gerak Bukit Bintang
*ohh, kat KL Sentral kitorang jumpa Nik Fareez tengah tunggu awek dia
pastu gerak BB Plaza
beli burst shopping baju bagai, then berbuka minum air je dekat kedai runcit belakang Pavillion
sebab tempat makan semua full
pastu kamceng kejap dengan mamak tauke kedai tu.haha
entah apa-apa la
then baru gerak KLCC, makan dekat Milano

....2 jam kemudian....

Cheng dengan Budiman dah gerak balik
tinggal lah aku, Iezs dengan Bean
kitorang lepak dekat fountain KLCC
tibatiba, lagu My Heart Will Go On berkumandang
*alaa, lagu Titanic tu
and semua orang dekat situ terkesima bila air pancut tu memancut mengikut rentak lagu tu
then, couple-couple yang ada pun sweet-sweet lah kat situ
*lagu jiwang, biasa ah
act jealous ah jugak tengok diorang
tapi nak buat macamana kan? haha
habis je lagu tu, kitorang gerak Pavillion balik
nak tengok wayang
tapi cerita The Three Stooges pukul 12.45
and masa tu baru pukul 11
then, Iezs ajak shisha, dia support setengah
setengah lagi aku dengan Bean kongsi duit
just nice la en?
tapi rooftop tutup, so kitorang pergi kedai yang sebelah 7-E
yeah, memang mahal sikit la
tibatiba datang pulak 3 orang pakcik arab duduk sebelah kitorang
tau la orang kaya, order makanan cerewet nak mampus
mulut pulak bising gila
then datang sorang Dato' cina dengan P.A dia
diorang bincang pasal apa entah
then salah satu orang arab tu cakap bapak dia orang ke-6 terkaya di dunia
nak bangga-bangga pulak,haihh-.-
aku peduli apa, bukan kacau hidup aku pun
tibatiba, kitorang nampak 2 orang budak masuk dalam restaurant tu
haaa, Remp dengan Akkif
entah macamana diorang boleh terfikir nak masuk dalam restaurant tu
so, tambah lah lagi 2 orang dalam group
habis shisha, kitorang gerak Pavi
aku, Bean dengan Iezs ;The Three Stooges
Remp dengan Akkif ; Step Up Revolution
habis movie.2.55
nak buat apa?
Remp ajak pergi mamak
kitorang no hal, then follow dia
sampai kat mamak tu memang kitorang terkejut
tikus merata, bau longkang kuat macam haram
nasib baik ada dua kedai
kitorang duduk jauh sikit dari longkang
then, order, makanan sampai, makan
tibatiba Remp menjerit
katanya ada tikus lalu atas kaki dia
kitorang pun jadi gubra
usha keliling, WTF?!
tikus besar anak kucing ada dekat bawah meja, meja sebelah, dapur kedai, dinding kedai, atas jalan pun ada
and 1 more thing, these creatures tak takut dengan manusia
macam siaaaaaal !
masa kitorang tengah cuak, tibatiba ada sorang awek hot lalu
dressing memang takpayah nak cerita
muka pun boleh tahan
tapi macam ada something yang pelik
takkanlah awek hot macam tu makan kat mamak
dah la kedai mamak kat lorong gelap
takkan taktakut kena kacau kot kan?
lastly, baru aku sedar rupa-rupanya beliau bukan wanita sejati
tapi budak lain semua takpercaya
lantak korang ah, kataku dalam hati
habis makan, kitorang cari CC terdekat
masa kitorang tengah berjalan sambil mengushar tikus
kitorang ternampak awek tadi tengah makan
and as expected, dia makan beramai-ramai dengan gang perempuan dia
dan yang lebih menakutkan, masa aku pandang dia, dia pandang aku balik
and mata kitorang bertaut, WTF?! t(-.-t)
kitorang cepatcepat pergi CC atas 7-E sebelah rooftop
sampai atas, tanya tauke tu berapa harga untuk sejam
dia orang Arab, so aku speaking laa
*bangga siaaal :*
lama jugak ah aku borak dengan dia nak kawtim harga
tapi malang sebab sejam RM4, mahal sangat
so, kitorang gerak cari CC lain
and sampai dekat satu CC dekat dengan kedai yang nyah tadi makan
kitorang terkejut
CC tu penuh dengan machine judi
tapi still ada computer and snooker table
nasib baik tak ramai orang
then, dengan keringnya aku pergi tanya tauke dekat situ harga sejam
dia cakap dia takde service untuk internet biasa
tapi lepas kawtim baik punya, dia bagi RM3 untuk selama mana aku nak guna PC tu
yang lain main snooker
then, tukar shift, Iezs pakai PC
aku main snooker tapi diorang dah pancit nak main lagi
tibatiba ada 2 orang brother masuk and duduk dekat dengan kitorang
tapi kitorang buat bodoh je
dia usha je aku main sorang sorang masukkan semua cue ball yang tinggal
aku rasa diorang rasa aku gempak gila sebab gaya aku masa tu memang 10/10
then, aku pun pujuk Bean untuk main last game
tibatiba sorang brother tu approach aku and ajak main snooker lawan dengan dia
woaahhh!!
memang tak ah nak lawan
kalau pool aku master ah jugak
*bajet
tapi kalau snooker memang ke laut ah
then aku bagi alasan yang kitorang dah nak gerak and aku bagi diorang dua main
diorang macam rasa bersalah tapi aku cakap aku dah pancit main sebenarnya
*padahal baru nak main, cuak kalah.haha
then aku keluar dari CC tu dengan Remp and lepak depan Maybank
4.00 a.m
Bukit Bintang masa tu memang sunyi gila
tak ada orang langsung
then kitorang gerak McD, lepak sampai pukul 5.10 a.m
lepastu pergi tunggu monorail sambil sahur dengan makanan yang dibeli dekat 7-E
pukul 6.20 a.m monorail bukak
then, beli ticket, pergi KL Sentral
Remp dengan Akkif stay sebab nak gerak Mid Valley pulak
memang manusia apa entah diorang, at least tidur la kejap.haha
lepastu, dari KL Sentral aku, Iezs, Bean amik ERL pergi Putrajaya
sampai Putrajaya Sentral, aku terus cari surau and landing
Iezs dengan Bean terkapai-kapai dekat belakang.haha
aku tidur taksedar apa, then Iezs kejut
dah pukul 12.45
tiket pukul 1 p.m
then naik bus, balik johor
selamat sampai
THE END

WATAK-WATAK

'Arif Budiman

Akkif | Iezs


Mat Remp

Cheng

Bean