stalkers

* Left Top Center Bottom * Bottom Left Center Right * Right Top Center Bottom
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

20120312

Post 197 : cuti

happy holiday everyone!
haha
cuti sekolah start hari Jumaat tapi aku balik Johor hari Ahad
macam bangang kan?
ni semua sebab Caris ah
dia brainwash aku gilababi ajak balik rumah dia
daripada planning awal nak balik sabtu pagi terus tukar ke Ahad petang
tapi best laa
macam-macam benda kitorang buat dalam masa 3 hari tu
petang jumaat from sekolah kitorang terus pergi hospital ampang sebab kakak caris baru bersalin
so, "uncle Afiq" nak tengok anak sedara dia
then malam tu keluar Ampang Point beli barang baby segala bagai
after beli barang, mak Caris ajak pergi My Mom's Chicken Rice Shop
*paling panjang ah nama
tapi malangnya kedai tu tutup
so, kitorang gerak Kenny Rogers but waiter cakap ayam tinggal 2 je
memang cukup sangat ah untuk kitorang semua
so, Caris ajak pergi Sushi King
kat situ kitorang burst makan
aku rasa ada la dalam RM250++ habis kat situ
tapi semua mak Caris belanja
thanks aunty Khazimah :)
then, mak Caris dengan adik dia balik rumah and kitorang gerak pool
entah berapa banyak duit habis malam tu
tapi yang pasti kitorang balik dalam pukul 1.30 and kena perli dengan mak dia sebab janji nak balik awal, haha
on the next day, kitorang brunch (breakfast+lunch) pukul 2
aku dengan iezs dah ready bersiap bagai nak balik rumah
tapi entah macamana Caris, Iman, Wandag dan yang lain-lain berjaya menghasut aku, Spock, Din dan Iezs untuk balik hari Ahad
paling cilaka ah-.-
malam tu planning, nak pool+shisha, pool+wayang or wayang+shisha
tapi last-last kitorang decide, wayang+pool+shisha
*gaya macam dompet tebal habis
mula-mula gerak KLCC pukul 8pm, then habis movie gerak Ampang Point pastu gerak Tanjung
and balik rumah dalam pukul 3 lebih
btw, malam tu aku kalahkan Iezs pool 5 daripada 6 game 
*bangga
hari ahad,
awalawal plan nak gerak pukul 10
tapi seperti yang dijangka, pukul 4 petang pun aku dengan wandag dok sibuk main ps3
then, pukul 4.30 baru gerak LRT Ampang
tapi Iman dengan Caris terus gerak pool Ampang Point
so, kira berpisah dekat bus la
*acahacah sedih pulak,haha
so, lepas beli token
naik tren and turun dekat Chan Sow Lin
masuk je tren, aku dapat hidu something;
bau yang kurang menyenangkan
tapi aku buat bodoh je
then Afkar, Iezs, Wandag, Abid pun masuk
yang lain semua ada seat except aku dengan Din
so kitorang berdiri and luckily kitorang naik pintu belah hujung sekali so kitorang boleh la sandar
and tiba-tiba aku dengar Din menyumpah
rupa-rupanya bau yang aku perasan tadi ialah bau pizza yang dimuntahkan oleh lahanat mana entah
and the best part is; Afkar berdiri atas muntah tu
and then dia seret kaki dia sambil buat muka nak bunuh orang dekat lantai tren untuk bagi hilang bau
tapi benda yang dia buat tu menjadikan tren bau semacam
memang dia kabutbagai ah masa tu
aku yang takboleh tahan gelak tengok dia terus burst gelak sambil menghadap tingkap LRT
pergi mampus ah orang nak tengok aku
aku sentiasa berpegang pada kata-kata Kuji;


"orang yang kau jumpa kat luar tu korang akan jumpa sekali je seumur hidup korang, kalau nasib baik dua kali
so takpayah nak cuak/segan kalau nak buat apa-apa dekat luar"


then, sampai TBS terus beli ticket and terus balik JB
so, itulah yang aku buat sepanjang 3 hari cuti sekolah
#kabutbagai

No comments:

Post a Comment